PROJECT PBL APPLIED SCIENCE 2011
Mata pelajaran Science adalah mata pelajaran teras yang ditawarkan kepada semua pelajar PMR. Maka, kaedah pembelajaran ini adalah sebagai pemangkin atau transformasi ke arah "Ilmu Seluas Lautan tidak Bertepi". Sehubungan dengan itu adalah wajar bagi Guru Sains mula melangkah ke seantero satelit dunia yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan ilmu sains yang boleh diperolehi hanya dengan di hujung jari sahaja. Konsep ini adalah sesuai diaplikasikan kepada Kelas Rancangan Khas (KRK) sebagai modul penggerak ke arah 'Pembelajaran Kendiri' atau 'Konstruktivisme'. Ini adalah bagi menyahut seruan Perdana Menteri dalam NKRA yang menekankan aspek meluaskan akses pendidikan. Selain itu, pelajar juga berpeluang mengakses sendiri eksperimen melalui laman sesawang pendidikan serta memberi peluang kepada semua guru berkongsi idea ke arah menghasilkan aktiviti P&P yang berkesan.OBJEKTIF :
1. Memberi pendedahan kepada semua pelajar berkaitan mata pelajaran Science tingkatan 1 dan 2.
2. Membimbing pelajar dalam merancang pembelajaran kendiri bagi setiap topik.
3. Memberi peluang kepada pelajar mengakses informasi berkaitan topik yang dipelajari dan mereka perlu menyediakan bahan dalam bentuk 'Power Point' dan membentangkannya sebagai pelengkap kepada P&P yang berkesan.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Program ini akan dijalankan selama 3 minggu bagi setiap tugasan. 2 minggu adalah masa yang diperuntukkan kepada pelajar untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan yang diberikan.
2. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 5-6 orang pelajar.
3. 'Project PBL Applied Science' ini akan memberi ruang dan peluang kepada guru dan pelajar berkomunikasi dan berdiskusi tentang topik yang diberikan dalam bentuk komunikasi dua hala.
4. Projek ini akan dijalankan seperti jadual yang berikut:
semester 1: April - Mei
semester 2: Julai - Ogos
Bersamalah kita mencipta kecemerlangan.... Usaha tangga kejayaan....
No comments:
Post a Comment