Sunday, January 29, 2012

Introduction To Science...Chapter 1

1.2 Science Laboratory (Makmal Sains)

Sambungan tajuk lalu...

Hari ini cikgu nak terangkan berkaitan dengan Makmal Sains. Biasanya kita akan masuk ke makmal sains untuk membuat ujikaji atau eksperimen. Sebelum pelajar masuk ke makmal sains, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Antaranya: 1. Perlu mendapat kebenaran guru 2. Tidak boleh masuk ke bilik persediaan makmal 3. Gunakan bahan dan radas yang diarahkan oleh guru sahaja 4. Baca label pada botol dengan berhati-hati sebelum menggunakannya 5. Tidak boleh makan/minum 6. Sebarang kecederaan perlu dimaklumkan kepada guru

*Terdapat beberapa langkah keselamatan yang lain yang perlu diteliti oleh pelajar. Langkah keselamatan ini boleh dirujuk dalam buku teks dan dalam makmal sains.

* Seterusnya, pelajar perlu mengenali dahulu radas-radas (apparatus) makmal sains. Antaranya : Silinder penyukat (measuring cylinder), Bikar (Beaker), Penitis (Dropper), Kelalang Kon (Conical Flask), Penunu Bunsen (Bunsen Burner) dan sebagainya..blh rujuk slaid dibawah :


* Sekiranya pelajar mendapati ada radas yang tiada dinyatakan dalam buku teks, ia adalah sekadar pengetahuan tambahan untuk lebih mengenali makmal sains. Walau bagaimanapun, pelajar boleh meneliti buku teks dan buku rujukan sebagai panduan skop pembelajaran. Terdapat pelbagai radas dalam makmal sains yang perlu kita ketahui.

* Selain itu, kalau pelajar perhatikan dalam makmal sains terdapat simbol-simbol yang perlu kita fahami. Antaranya Simbol Amaran Bahaya sebagai tanda berhati-hati dengan keadaan yang tertentu.Simbol ini biasanya dijumpai pada label bekas-bekas yang menyimpan bahan berbahaya. Contohnya:

* Corrosive = Simbol Mengakis : Bahan yang mudah mengakis seperti Asid Pekat
* Explosive = Mudah Meletup : Bahan yang mudah meletup seperti Natrium, Campuran Hidrogen dan udara
* Flammable = Mudah Terbakar : Bahan yang mudah terbakar seperti Petrol, Kerosin, Alkohol
* Radiating = Sinaran Radioaktif yang merbahaya seperti Radium, Uranium
* Toxic = Toksid/ beracun : Mungkin membawa maut seperti Sianida, Merkuri

Cuba pelajar perhatikan simbol-simbol ini dalam makmal dan cuba fahami simbol-simbol ini..sekarang kita sambung dengan subtopik yang seterusnya.


1.3 Steps In Scientific Investigation


* Setelah kita memahami dan pengetahui tentang radas dan simbol dalam makmal, saya akan terangkan serba sedikit berkaitan Langkah-langkah Dalam Penyiasatan Saintifik (Steps In Scientific Investigation). Sebelum pelajar-pelajar menjalankan eksperimen, beberapa langkah perlu diteliti. Contohnya jenis-jenis pembolehubah (Types of Variables) iaitu keadaan atau faktor yang mempengaruhi keputusan sesuatu eksperimen.

* Terdapat 3 jenis pembolehubah ( 3 types of Variables) :
a) Pembolehubah dimalarkan (Kept Constant/ kept same)
   - keadaan yang ditetapkan dalam eksperimen
b) Pembolehubah dimanipulasi ( Kept change/ Manipulated)
  - keadaan yang diubah dalam eksperimen
c) Pembolehubah bergerak balas ( Responding / responds)
  - keadaan yang berubah mengikut perubahan pembolehubah dimanipulasikan dalam eksperimen

Dalam versi bahasa Melayu,


Setakat ini dahulu berkatan dengan subtopik 1.2 dan 1.3...bersambung dengan 1.4 Physical Quantities &S.I units pada waktu lain...Sekian...

Introduction To Science...Chapter 1

Assalamualaikum & Selamat sejahtera...

Cikgu nak kongsi berkaitan bab 1 Sains Tingkatan 1...sama2 kita fahami...cikgu akan terangkan dalam bahasa Melayu..Nota dalam bahasa Inggeris..Bab 1 adalah berkaitan dengan Introduction To Sains (Pengenalan Kepada Sains)..Cikgu akan mulakan dengan Subtopik seperti berikut...

Terdapat 7 subtopik dalam Bab 1...Jadi, cikgu akan mulakan dengan Apakah Sains (1.1 What is Science)..


* Sains ialah kajian sistematik terhadap fenomena semulajadi dan kesannya terhadap manusia dan alam sekitar..Contoh fenomena semulajadi : Hujan, Salji, Angin, Pelangi, Graviti, Penyejatan, Kilat, Guruh dan sebangainya..
* Melalui Sains, kita boleh mendapat pengetahuan dan penemuan baru bg meningkatkan kualiti hidup kita..Maka, Sains boleh dibahagikan kepada bidang2 tertentu seperti Fizikal, Biologi, Kimia, Meteorologi dan lain2 seperti di bawah :

Setakat ini dulu nota 1.1 Introduction To Science..bersambung 1.2 Science Laboratory (Makmal Sains)...

Saturday, January 7, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera...Salam 1 Malaysia..

Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 SMK SS17 "WELCOME SEVENTEENIANS"...
Cikgu harap tahun 2012 akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya...
Tahun ini P&P adalah dalam dwibahasa. Walaubagaimanapun, nota cikgu akan upload dalam bahasa Inggeris...kepada pelajar-pelajar yang kurang faham..."come & see me"(jumpa saya)atau blh email pada saya...saya akan cuba 'explain'..

Hopefully,enjoy your study..